GTD HANG-OUT
Tuesday, December 3, 2013 ★ 9:18 PM │
dan selamat malam ok mmg time aku menaip entry ni tgh malam pun so korang klu baca entry ni waktu pagi ke ptg ke or gerhana bulan ke sorry ah ye ok ok. this is me, hudo. i mean huda. klu nak hrpkan si bino and aide tu mmg susah sikit ah. diorang busy woah dgn benda benda lain ah.
look at the tittle. kitorang ada hang-out but its like 2 weeks ago i guees hm. yes finally kitorang bertiga meluangkan masa bersama sama cyeah! tapi sbnrnya semua tak dirancang pun. that morning huda bangun ah mcm biasa pastu tergerak hati hati gila gila nak on FB. padahal selalunya huda on twitter dulu baru FB /coughs/ ok. lps dah on FB tu tiba tiba tmpt chat kene serang dgn aide. tapi yg sbnrnya bukan aide yg menghantar chat tersebut. bino yg hantar. and huda mmg pelik habis ah asal bino plak yg control FB aide ni. masa tu huda ada satu tanggapan je iaitu bino ada dgn aide. wow time tu ada rasa berwap sikit sbb diorang berdua tak ajak itewww sekali. ehhe euw. tapi rupa rupanya diorang ada kat pusat koko sabak bernam. sbb ada mesyuarat apatah tak ingat pulak den. and one more thing yg buat huda curious was 'how they got the internet line?!' and then diorang ckp ada internet FREE dkt pusat koko tu. fulamak woih dah 15 tahun huda tinggal kat sabak bernam ni baru je tahu yg kat situ ada internet FREE ceh better pergi lepak dkt dkt situ and then layan internet ahaha FREE lah katakan.
ok lah nak dipendekkan cita haaa kitorang pun hang-out lah dgn berjalan kaki ke pekan sabak bernam oh well nak guna kenderaan apa pun dah lah masing masing tak cukup umur nak ada lesen motor apatah lagi lesen kereta haih tapi takpe lah kan kitorang jln kaki and then perjalan makin jauh dan makin lama so kitorang mmg sembang sakan ah sepanjang perjalanan eh actually tak de ah sakan mana just mendengar cita bino dgn panjang lebar nya ahaha tntg sam someone lah kekeke. dah lama woah tak jumpa masing masing pergh mmg banyak juga ah citooos. so kitorang sebenarnya tak ada arah tujuan sgt as well kitorang bertiga mmg anak jati sabak bernam so mmg dah selalu and biasa sgt dgn selok-belok sabak ni ha. dah bosan ah sikit tapi sbb kitorang bersama bergabung meletup tak bosan langsung. well 'friends-long-time-no-see' doe. mmg rindu masing masing eceh.
so at last kitorang decided just pergi KFC hm memang dah tu je tempat paling special kat sabak bernam. so KFC time tu mmg agak kosong wei dah mcm KFC tu GTD owns ececewah. marah tuan sebenar KFC tu kang
uish relax pakcik KFC. just kidding meh. ok kitorang order lah mcm biasa. masa order tu huda teringat something bila tepandang bekas straw dkt KFC tu /coughs coughs/ dear nur sabrina and especially paudziah aida
ehehehehehe :--3 okay pastu kitorang naik tingkat atas lah cari meja ceh kitorang tak main ah tingkat bawah pft. so kitorang menjamu selera lah dgn riang ria raya nya. kalau budak remaja yang lain kan basically before makan tu confirm tangkap tangkap gambar makanan tu cantik cantik al-maklumlah akaun FB dgn twitter dgn instagram dah menunggu untuk di post dan di update kan mwehehehehe. tapi GTD ni mmg different woah kitorang dah selamat latah ayam KFC dgn jayanya mmg dah tak layak dah tangkap gambar nak update bagai mwahahaha. so kitorang just mkn lah sambil sembang sembang. wohoooo GTD sweet memories. kitorang memang spent time dkt KFC tu lama ah jugak. lps makan basuh tgn haaa kitorang capture banyak selca ke selfie ke apa semua for GTD yeay finally ada juga gambar bertiga but huda memang tak bwk hp or what so ever. just tab bino and aide je yang hentam tangkap gambar GTD. this is one of it
nampak tak kecomelan melanda kitorang bertiga ecececeh masuk peti ais tutup sendiri pulak lahai. so lepas tu ada lah kitorang layan coconut shakes apa semua and sebagai umat Islam kitorang singgah masjid sabak bernam untuk menunaikan solat zohor
alhamdulillah umat Islam yang membaca entry ni pun JANGAN PERNAH TINGGAL SOLAT tau sebab solat tu tiang agama. kalau tak ada tiang mana nak tegak dan kukuh nya agama kita ni kan kan kan :-) peringatan sesama Islam je. im not ustazah and still tak layak lagi nak jadi ustazah. ha ni yang nak masuk bab ni. org akhir zaman ni pergh pantang kan kalau someone just ingatkan or sebut pasal solat ke tegur pasal Islam ke and berkaitan dgn Islam nanti ayat yang menjawab nya selalu akan jadi 'huyoo dah jadi ustazah dah kau kan sekarang ni' or 'sejak bila kau jadi ustaz ni' or maybe 'iyelah ustazah oi' takpun 'tak payah nak jadi alim sgt lah' hermmmm kan sebagai umat Islam dah memang ada tanggungjawab tegur umat Islam yang lain. saling ingat mengingati. betul kan? tak ke? okay lah ni dah panjang dah ni. semua yang meluangkan masa ni terima kasih banyak banyak yeee. wassalamu <3
Labels: amirah huda yow!
OLDER POST | NEWER POST